Monday, March 29, 2010

Mari buat kek

Assalamualaikum...

Sebelum nak buat kek apa pun kita mesti terfikirkan perkara berikut:

1- Peralatan yang nak guna seperti mixer, oven dan lain2
2- Kek apa yang nak buat dan resepinya
3- Bahan-bahan yang perlu dibeli
4- Teknik membuat kek creaming method, foaming method atau lain2
5- Tips2 semasa membuat kek yg boleh diambil kira

Masa mula2 saya buat kek dulu, yang ke-4 dan ke-5 tu tak terfikir pun dan tak tau pun pasal teknik2 buat kek ni. Yang tau ikut ajer resepi. Dalam apa jua perkara yang kita nak lakukan, yang penting mesti ada ilmu. Sebelum belajar tentang ilmu membuat kek ni, kek yang saya buat semuanya asyik tenggelam di tengah2. Buat kali ke2 pun sama jugak, kek coklat atau pun butter cake biasa. Boleh makan tu memang boleh, tapi rupanya tak ada. kalau nak dijual tu memang tak bolehlah.

Semasa belajar serba sikit ilmu baking ni, saya realise bahawa dalam membuat kek ni, teknik2 dan tips dalam penghasilan kek tu memang penting. Setiap tips yang keluar dari mulut pengajar diambil kira dan dipraktikkan. Masa putar, speed, cara masukkan bahan dan macam2 lagilah. Bila dah ada ilmu dan dipraktikkan, barulah kita saya sedar betapa penting semua tu, bukannya pakai buat ajer.

Bahan yang digunakan pun satu hal lain. Misalnya tepung yang kita gunakan dalam membuat kek. Lepas dah boleh buat kek, timbul pulak persoalan kenapa kek yang saya buat ni agak kasar teksturnya. Rupa-rupanya tepung yang menjadi punca. Kalau guna tepung gandum biasa memang teksturnya agak kasar berbanding dengan tepung kek/paling halus/superfine. Cuba tengok gambar kek oren di bawah, mungkin akan nampak perbezaannya.


Guna tepung superfine - teksturnya lebih halus


Guna tepung gandum biasa - teksturnya agak kasar

Masa ni memang sengaja buat 2 biji kek oren menggunakan 2 jenis tepung yang berbeza untuk dapatkan kepastian sendiri. Minta maaf kalau dalam gambar ni tak berapa jelas teksturnya, tapi hakikatnya itulah yang dapat dihasilkan

No comments:

Post a Comment