Thursday, March 18, 2010

Brownies Chocolate

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog ni...cuti sekolah balik kampung, tak sempat nak ngadap lama-lama, anak pula demam dan banyak ragamnya. Sebelum balik cuti sempat 3 hari berturut-turut baking brownies. Dah namanya interested dlm baking cakes, so yang berkaitan dengan kek ni nak cuba belaka. Cuma setakat ni, continental cake belum buat lagi...dah belajar, blm apply ilmu jer lagi....insyaAllah coming soon.


















Mula2 buat...Gummy Chocolate Brownies. Pandai2 ajer bagi nama...sebab tester kata teksturnya macam gam...more fudgy...coklat melekit. Nanti kalau dapat nama yg lebih elok akan ditukarkan. First time buat ni ternipis ler pulak...tak pandai nak agak bekas yang sesuai. 2nd time buat ok ler sikit guna tin 10' x 10', tebal lebih kurang 1.5 inci.

Paket bukan main lagi...beri kat jiran2 dan kawan2 untuk rasa. Siapa lagi nak perabihkan buat banyak2 ni...























Ni pulak Scandy Choc Brownies...pakai letak jer namanya. Nuts dalam brownies letak ajer mana yang ada dlm stok kat rumah...dah buat pun on the spot. Brownies ni pulak more cakey...tekstur mcm kek tapi tak ler segebu kek...dah namanya brownies, very2 rich choc cakes and more choc taste.

Pack dalam bekas ni untuk kawan2 test rasanya. Ada yang lebih suka gummy choc brownies...

No comments:

Post a Comment