Saturday, February 20, 2010

Pandan Layer

Assalamualaikum...

Cuti Tahun Baru Cina, seperti biasa balik kampung. Ada kenduri arwah...mak pesan kek pandan layer. Risau gak nak buat pandan layer yg guna santan, bawa blk jauh2 ni. Bukannya apa, dengan jln yg sesak, ambil masa yg agak lama kek tu dlm kereta.




















Kek ni saja buat besar2, sebab nak makan ramai2.

Kek Lapis Pandan : 10' = 3 kg, 8' = 1.5 kg

Thursday, February 18, 2010

My Album...My Catalogue 6

Alahai Chocolate Moist Cakes....masih lagi deco yg simple, belum boombastik...




































Ni kononnye nak buat hazelnut torte..tapi hazelnut x der, jadilah Almond Torte...boleh tahan jugak rasanya.





Bawah ni kek span coklat, bawa ke sekolah anak raikan birtfday student pra thn lepas.














Kek buah kukus...masa buat kek ni belum ada oven lagi. So yg kukus2 ni boleh ler buat, masa tu tgn dah gian lama tak putar mixer. Ada gak yg order


Kek Buah kukus : 9' = 1.5 kg






Kek carrot, tapi customer tak nak topping, saja ler hiaskan dgn badam. Customer nak buat jamuan raya kat umah, order choc moist dan kek carrot, so buat ler besar sikit. Choc moist lupa lak amik gambar.

Carrot Cake : 10' = 1.5 kg

Orang berbudi kita berbahasa

Assalamualaikum...

Alahai...kalau paip kat umah tersumbat...memang pening kepala. Seminggu hubby dok kerjakan tak berjaya jugak. Mujur ada jiran yang prihatin nampak longkang kat luar rumah, bertanyakan tentang paip tu. Rupa2nya memang dah selalu kena kat situ especially rumah ground floor.


Apa lagi...pakat ramai2 mengerjakan. Finally, hah! leganya rasanya bila dah ok...tak der lagi banjir dlm bilik air. Kalau tak anak2 syok sgt mandi bila air mula bertakung...alhamdulillah ada jiran2 sebegini.

Tu ygg kata orang dah berbudi...takkan kita diamkan diri. Disebabkan kepakaran (ewah2 mcm pakar ler pulak) dlm membuat kek ni, apa lagi buat kek oren dan kek mentega badam sorang sebiji hantar ke rumah jiran2 yg telah dah tolong.

Ni ler rupa kek badam...kek oren tak der gambar ler pulak.

Masa bawa kerumah jiran tu siap paket dlm bekas lagi. Sampai rumah jiran dia pulak tanya "Berapa ringgit ni sofi???" mentang2 kita ni buat kek dia ingatkan nak jual. Dlm hati bagus jugak kan kalau buat fast sale mcm ni..tapi ada ler risikonya...Biasalah mana ada buss tak der risiko samada nak hadapi atau tak....terutamanya bidang makanan macam saya ni. Macam2 kena ambil kira rasanya, packaging, harga dan...macam2 lagilah.

Tuesday, February 9, 2010

My Album...My Catalogue 5

Assalamualaikum...


Alahai cup cakes...sesungguhnya memang comel. Tapi hiasan saya masih lagi biasa2 ajer.

Belum pernah buat yg luar biasa...byk yg perlu belajar, espcially teknik2 icing kek ni. Buat cup cakes ni bukan pernah ikuti mana2 kelas, tapi alhamdulillah berkat ilmu yg ada boleh gak buat.

































Monday, February 8, 2010

Cup cakes terbanyak

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...selepas terima 1st tempahan 366 biji cup cake yang lepas, dapat pula order plain cupcake 1500 biji untuk majlis perkahwinan di Negeri Sembilan. Ish...kalau guna oven yang besar senang cerita, ni oven semuanya comel2 belaka. So buat eksperimen ketahanan cupcake, bukan apa nak tengok boleh tahan berapa lama, so boleh ler budget masa untuk buat kek tu. Alhamdulillah after paket macam yg dikehendaki, after 1 week, masih elok lagi kek tu. Syaratnya tak diganggu....tak dibuka tutup bekasnya. So dapat buat awal sikit...tak de ler sampai berjaga malam. Alhamdulillah dapat siapkan dalam masa 4 hari before dihantar.











Both mixer and oven must on...











Cup cakes yang sedia untuk dimasak...dan yang sudah disusun dalam kotak.
Semuanya perisa vanilla jer...hiasan atas tu sajer nak bagi menarik.

Sunday, February 7, 2010

Kita merancang tuhan tentukan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah semasa tinggal di KL ni memang masih berpeluang berniaga. Tak pernah terima order cup cake banyak2, tetiba ada permintaan...gelabah juga memikirkan macamana nak terima ke tidak. Memikirkan memang itu kerja saya maka terima jerlah. Dalam bulan September 2009, terima order 300 biji plain cup cake, 66 biji icing cup cake, 1 1/2 kg kek icing dan 3kg kek icing dari orang yang sama untuk kenduri yang sama pada 15 Nov 2009. sanggup terima tempahan ni sebab fikirkan why not mencuba...mana nak tahu kot ada tempahan lagi selepas ni.

Menerima tu memang mudah, tapi lepas tu memikirkan macamana nak menyiapkan tempahan dengan oven dan mixer yang cute tu...akhirnya decide beli satu lagi mixer dan oven yg lebih besar sikit. Ni ler rupanya...


Machinery mixer
Jenama : Berjaya
Model : I/BSP-BM15N
Kapasiti : 15 liter/3 kg










Electric Oven Butterfly
Kapasiti : 55 liter
Model: B-5255A
220-240 voltan









Pada 14/11/2009 tu, all were prepared...cup cake, kek span...tinggal nak icing jer lagi. Tu yang kata kita merancang, tuhan yang menentukan segalanya dan hanya Dia yang mengetahui yang terbaik. Pada pagi tu, tengah icing cup cake, terima panggilan dari kampung dan dapat tahu nenek meninggal, innalillah... Masa tu semua serba tak kena, pegang nozel nak icing kek tak kena...pegang yassin tak kena...akhirnya dalam kesedihan pack barang dalam beg dan decide siapkan icing cup cake saja. Nampaknya hanya itulah rezeki saya...walau rasa teruja juga nak icing kek terbesar yg 3 kg tu. Anyway Alhamdulillah..











Customer nak cup cake vanila dan coklat.

Ni yang disusun dalam kotak.

Tuesday, February 2, 2010

Kuih Raya...hamper raya

Assalamualaikum....

Setiap tahun bila tiba Aidilfitri mesti buat biskut raya. Buat bukan sikit le jugak, untuk family sendiri, mak ayah, mertua dan adik-beradik yg dah berkeluarga. Tahun 2009, bertambah lagi sebab adik ipar pun dah kahwin, bertambah lagi 2 family. Kalau katakan budget untuk 1 family 50 biji sejenis biskut...hah...kira ler berapa kena buat. Untuk mak ayah pula mesti lebih sikit.

Dah biasa buat banyak ni, teringin nak berniaga biskut raya tapi belum pernah lagi kesampaian. Seronok bila dengar dan tengok orang lain yang berniaga biskut raya. Masa Aidilfitri 2009, buat biskut kat KL, guna oven yang comel tu ler. Ingat hati nak niaga, so decide nak promote 4 jenis biskut jer. Banyak2 nanti takut tak terbuat pulak. Lagi pun bukannya pernah belajar buat biskut ngan sesiapa pun, hanya cuba2 sendiri, nanti kalau tak sedap...apa cerita???

Alhamdulillah, sambil2 jumpa kawan, pergi majlis berbuka dengan kawan2...sambil2 juga promote, dapat gak order, especially almond london. Yang sebenarnya tak berani promote lebih2 sangat, risau tak terdaya nak membuatnya. Ada pulak kawan yang jadi agen nak tolong jualkan....ish tak berani le pulak...so cakap padanya insyaAllah raya tahun depan. Kalau dah plan awal2 baru boleh promote lebih2 sikit. Tempahan almond london dapat buat cukup2 jer...cukup juga ler untuk family.










Biskut Mentega Badam. Tiada acuan yang menarik sangat, guna apa yang ada.










Biskut bijirin vanila/coklat










Ni rupa almond london yang saya buat...alhamdulillah dapat sambutan yang positif juga. Tu pun promote main2, taklah beria2 sangat.

Sejenis lagi yang dipromosikan ialah biskut coklat rangup...tak der gambar la pulak. Untuk family tambah ler lagi 2/3 jenis biskut.

Kebiasaannya bagi pada family dalam balang macam tu jer. Fikir2 teringin nak bagi hamper kat adik-beradik. Nak beli, tak terbeli la pulak, so buat hamper sendiri jimat kos sebab biskut pun buat sendiri...simple jer, 1 family, 1 bakul hamper. Ni ler rupa hamper yang tak berapa cun...











Dalam tu...selain biskut raya, saya letak coklat dan jus minuman sebagai tambahan...

Walaupun tak sehebat mana, tapi puas hati jugak tengok dah siap tu....thanks god!!!!