Sunday, July 30, 2017

Kek Coklat dan Kek Carrot

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sempat siapkan 4 biji kek..2 biji kek coklat dan 2 biji kek carrot.

Kek carrot tempahan daripada Muallimah Rohida peminat tegar kek carrot. Katanya teringat-ingat kek carrot semasa perkahwinan anaknya Sulaim..tak sempat merasa kek carrot. Habis hidang kepada tetamu. Alhamdulillah dikesempatan, menyiapkan juga kek carrot dan kek coklat untuk majlis perkahwinan anak sepupu di Kg. Pandan, KL...untuk makan-makan tetamu yang hadir.



Dengan hiasan minima dan ala kadar...

Terkejut bila tengok rupanya kek colat dan kek carrot diletakkan dihadapan meja pengantin mengiringi kek pengantin 3 tingkat....
Semoga Mira dan suami berbahagian hingga jannah..ameen


BIRTHDAY FATIMAH AZ-ZAHRAH

Assalamualaikum

Excited Fatimah untuk menempah kek dengan Mak Cik Sofi sempena hari lahirnya. Setiap hari bertanyakan umminya,dah tempah ker belum. Semoga Fatimah menjadi anak solehah dunia dan akhirat. Semoga Fatima menikmati kek coklat yang disediakan..dengan gambar yang comel atas kek tu.
Fatimah Az-Zahrah solehah..ameen

Kek Carrot Anniversary

Assalamualaikum..

Antara peminat tegar kek carrot..Muallimah Lailawati. Sehinggakan sempena anniversary adiknya pun ditempah kek carrot cuma lebih besar katanya. Terima kasih kerana sudi menempah..dan semoga berpuas hati..


Ditempah semasa jamuan raya di rumah Muallimah Lailawati...juga adiknya menyambut aniversary bersama keluarga. Semoga berbahagai hingga jannah..

Kek Coklat

Assalamualaikum...

Sementara tengah rajin...buatkan beberapa biji kek coklat comel dan siap dipotong untuk dijual dengan rakan-rakan...alhamdulillah




Kek Sempenan Jamuan Hari Guru

Assalamualaikum...

Seronok anak bercerita tentang sambutan hari guru sekolah. Setelah berbincang Amni setuju Ummi buatkan kek coklat untuk jamuan sempenan sambutan hari guru Tadika Khalifah Bestari..


Kek coklat siap dipotong dengan top up sedikit hiasan sebagai penyeri..

KEK KAHWIN

Assalamualaikum...

Lamanya tak upload gambar dalam ni..

Terima kasih Muallimah Rohida kerana sudi menempah kek sempena majlis walimah anakanda Sulaim dan pasangannya Afifah..


Kek Coklat Moist seberat +- 7 kg...


Kek Carrot sebagai pengiring dan dijamu kepada tetamu

TERIMA KASIH SEKALI LAGI...

Friday, October 21, 2016

KEK LOBAK MERAH

Assalamualaikum..

Lama rasanya tak update blog ni. Cuti panjang berpantang dan berehat dari baking dulu walau terasa amat rindu nak baking.

Namun begitu, peminat tegar Carrot Cakes, Kak Rohida nak juga menempah kek favouritenya, alhamdulillah dapat disiapkan. Tapi dek kerana melayan kerenah anak kecil,si Asma yang ibaratkan Ummi ni dia yang punya ...hehe...tak der ler hias beria sangat. Just a simple topping.

Anyway, terima kasih Kak Rohida and family...


Hiasan ala kadar namanya ni,,hehe