Wednesday, November 19, 2014

HARI TAKRIM SEKOLAH RENDAH 2014

Assalamualaikum...

Tahniah kepada semua Muallim dan Muallimah yang telah menjayakan Hari Takrim Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi 2014. Majlis yang bertemakan Happy Birthday juga sempena meraikan 25 tahun Sekolah Sri Al-Amin Bangi. Acara perasmian juga mengikut tema iaitu memotong kek. 

Terima kasih kepada Unit Makanan Hari Takrim kerana sudi tempah kek daripada saya. Semoga semuanya berpuashati dengan hasilnya...




TAHNIAH SEMUA!!
Semoga Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan pengorbanan Muallim dan Muallimah semua dengan sebaik-baik ganjaran..ameen...

Tuesday, November 18, 2014

Happy Birthday Dear Sisters!

Assalamualaikum..

Dihujung-hujung sempat lagi Kak Bayani tempah kek untuk sambut hari lahir 3 orang adik-adik usrahnya. Semoga ukhuwwah antum semua diberkati dan berpanjangan..ameen...

Terima kasih Kak Bayani...

Kek Coklat Besar

Assalamualaikum...

Alhamdulillah berjaya menyiapkan tempahan daripada Kak Izan kek coklat bersaiz besar.
Terima kasih Kak Izan kerana terus sudi menempah kek daripada saya. Semoga Kak Izan sekeluarga dan kerabat diberkati dunia akhirat...ameen




Wednesday, November 5, 2014

HAPPY BIRHTDAY AHMAD AZHAD!

Assalamualaikum...

Terima kasih kepada Dila kerana sudi tempah kek coklat untuk sambutan hari lahir anak tunggalnya Ahmad Azhad. Kek di hantar ke Tadika Khalifah Bestari. Walaupun tempahan diterima 2 hari sebelum, alhamdulillah bahan-bahan yang diperlukan sudah sedia ada di rumah. Azhad siap pesan pada Umminya supaya tiada bunga diletakkan atas kek sebab dia 'boy'.

Happy Birthday Azhad...semoga menjadi anak soleh untuk Ummi dan Abi di dunia dan akhirat...
Insyaallah....

COTTON CHEESE CAKE

Assalamualaikum...

Menerima tempahan Cotton Cheese Cake daripada Kak Surina untuk menyambut hari lahir anak sulungnya. Kak Surina, suami dan anak-anak adalah peminat cheese cake.

TERIMA KASIH KAK SURINA SEKELUARGA!
Semoga Allah sentiasa memberkati akak sekeluarga....ameen...