Showing posts with label Cakes Album. Show all posts
Showing posts with label Cakes Album. Show all posts

Sunday, July 30, 2017

Kek Coklat dan Kek Carrot

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sempat siapkan 4 biji kek..2 biji kek coklat dan 2 biji kek carrot.

Kek carrot tempahan daripada Muallimah Rohida peminat tegar kek carrot. Katanya teringat-ingat kek carrot semasa perkahwinan anaknya Sulaim..tak sempat merasa kek carrot. Habis hidang kepada tetamu. Alhamdulillah dikesempatan, menyiapkan juga kek carrot dan kek coklat untuk majlis perkahwinan anak sepupu di Kg. Pandan, KL...untuk makan-makan tetamu yang hadir.



Dengan hiasan minima dan ala kadar...

Terkejut bila tengok rupanya kek colat dan kek carrot diletakkan dihadapan meja pengantin mengiringi kek pengantin 3 tingkat....
Semoga Mira dan suami berbahagian hingga jannah..ameen


BIRTHDAY FATIMAH AZ-ZAHRAH

Assalamualaikum

Excited Fatimah untuk menempah kek dengan Mak Cik Sofi sempena hari lahirnya. Setiap hari bertanyakan umminya,dah tempah ker belum. Semoga Fatimah menjadi anak solehah dunia dan akhirat. Semoga Fatima menikmati kek coklat yang disediakan..dengan gambar yang comel atas kek tu.
Fatimah Az-Zahrah solehah..ameen

Kek Carrot Anniversary

Assalamualaikum..

Antara peminat tegar kek carrot..Muallimah Lailawati. Sehinggakan sempena anniversary adiknya pun ditempah kek carrot cuma lebih besar katanya. Terima kasih kerana sudi menempah..dan semoga berpuas hati..


Ditempah semasa jamuan raya di rumah Muallimah Lailawati...juga adiknya menyambut aniversary bersama keluarga. Semoga berbahagai hingga jannah..

Kek Coklat

Assalamualaikum...

Sementara tengah rajin...buatkan beberapa biji kek coklat comel dan siap dipotong untuk dijual dengan rakan-rakan...alhamdulillah




Kek Sempenan Jamuan Hari Guru

Assalamualaikum...

Seronok anak bercerita tentang sambutan hari guru sekolah. Setelah berbincang Amni setuju Ummi buatkan kek coklat untuk jamuan sempenan sambutan hari guru Tadika Khalifah Bestari..


Kek coklat siap dipotong dengan top up sedikit hiasan sebagai penyeri..

KEK KAHWIN

Assalamualaikum...

Lamanya tak upload gambar dalam ni..

Terima kasih Muallimah Rohida kerana sudi menempah kek sempena majlis walimah anakanda Sulaim dan pasangannya Afifah..


Kek Coklat Moist seberat +- 7 kg...


Kek Carrot sebagai pengiring dan dijamu kepada tetamu

TERIMA KASIH SEKALI LAGI...

Friday, October 21, 2016

KEK LOBAK MERAH

Assalamualaikum..

Lama rasanya tak update blog ni. Cuti panjang berpantang dan berehat dari baking dulu walau terasa amat rindu nak baking.

Namun begitu, peminat tegar Carrot Cakes, Kak Rohida nak juga menempah kek favouritenya, alhamdulillah dapat disiapkan. Tapi dek kerana melayan kerenah anak kecil,si Asma yang ibaratkan Ummi ni dia yang punya ...hehe...tak der ler hias beria sangat. Just a simple topping.

Anyway, terima kasih Kak Rohida and family...


Hiasan ala kadar namanya ni,,hehe

Wednesday, March 16, 2016

Cotton Cheese dan Freash Cream

Assalamualaikum..


Tempahan daripada Kak Surina since bulan Disember 2015 tapi tak sempat disiapkan. Alhamdulillah semasa birthday anaknya telah ada ibu saudara belanja kek...Tapi anaknya masih request Mak Cik Sofi buat kek..hehe....alhamdulillah berjaya disiapkan. First time buat cotton cheese cake dengan topping fresh cream...

Hiasan yang simple tak der warna-warni dah...

Kek Coklat dan Cheese

Assalamualaikum...

Ada permintaan untuk kek coklat tapi topping cheese...alhamdulillah siap untuk 3 tempahan. Lupa nak snap gambar yang bertulis..

Anyway terima kasih banyak bagi yang menempah dan harapnya berpuas hati...



Tempahan Muallimah Lailawati untuk jamuan kelas dan birthday anaknya, Hakim


Tempahan daripada Dila....


Terima kasih daun keladi...

Kek Carrot

Assalamualaikum...

Lagi tempahan kek carrot...terima kasih


Thursday, March 19, 2015

THANK YOU TEACHERS..

Assalamualaikum..

Terima kasih kepada Teacher Ina dan Teacher Hasni...kerana sudi menempah kek dan coklat lolipop...TERIMA KASIH tak terhingga juga kerana sudi menjaga Amni setiap hari..



TERIMA KASIH SEKALI LAGI...


TERIMA KASIH SEMUA!

Assalamualaikum...

Terima kasih kepada mereka yang sudi terus menempah kek dari saya.

 Tempahan Kak Norazimah

 Tempahan Kak Bayani

 Tempahan daripada Puan Izza..

 Tempahan Kak Bayani

Tempahan Kak Norazimah

Semuanya menempah kek coklat moist (kukus)...Alhamdulillah

Wednesday, November 19, 2014

HARI TAKRIM SEKOLAH RENDAH 2014

Assalamualaikum...

Tahniah kepada semua Muallim dan Muallimah yang telah menjayakan Hari Takrim Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi 2014. Majlis yang bertemakan Happy Birthday juga sempena meraikan 25 tahun Sekolah Sri Al-Amin Bangi. Acara perasmian juga mengikut tema iaitu memotong kek. 

Terima kasih kepada Unit Makanan Hari Takrim kerana sudi tempah kek daripada saya. Semoga semuanya berpuashati dengan hasilnya...




TAHNIAH SEMUA!!
Semoga Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan pengorbanan Muallim dan Muallimah semua dengan sebaik-baik ganjaran..ameen...

Tuesday, November 18, 2014

Happy Birthday Dear Sisters!

Assalamualaikum..

Dihujung-hujung sempat lagi Kak Bayani tempah kek untuk sambut hari lahir 3 orang adik-adik usrahnya. Semoga ukhuwwah antum semua diberkati dan berpanjangan..ameen...

Terima kasih Kak Bayani...

Kek Coklat Besar

Assalamualaikum...

Alhamdulillah berjaya menyiapkan tempahan daripada Kak Izan kek coklat bersaiz besar.
Terima kasih Kak Izan kerana terus sudi menempah kek daripada saya. Semoga Kak Izan sekeluarga dan kerabat diberkati dunia akhirat...ameen




Wednesday, November 5, 2014

HAPPY BIRHTDAY AHMAD AZHAD!

Assalamualaikum...

Terima kasih kepada Dila kerana sudi tempah kek coklat untuk sambutan hari lahir anak tunggalnya Ahmad Azhad. Kek di hantar ke Tadika Khalifah Bestari. Walaupun tempahan diterima 2 hari sebelum, alhamdulillah bahan-bahan yang diperlukan sudah sedia ada di rumah. Azhad siap pesan pada Umminya supaya tiada bunga diletakkan atas kek sebab dia 'boy'.

Happy Birthday Azhad...semoga menjadi anak soleh untuk Ummi dan Abi di dunia dan akhirat...
Insyaallah....

COTTON CHEESE CAKE

Assalamualaikum...

Menerima tempahan Cotton Cheese Cake daripada Kak Surina untuk menyambut hari lahir anak sulungnya. Kak Surina, suami dan anak-anak adalah peminat cheese cake.

TERIMA KASIH KAK SURINA SEKELUARGA!
Semoga Allah sentiasa memberkati akak sekeluarga....ameen...




Sunday, October 26, 2014

KEK COKLAT KUKUS

Tempahan kek coklat kukus yang diterima :

Tempahan daripada Kak Izan untuk suami dan anak-anak. Semoga Allah merahmati akak sekeluarga...ameen






























Tempahan Raidah untuk semua anak-anaknya. Semoga semua menjadi anak-anak soleh dan solehah...ameen

Tempahan Puan Faridah untuk anak sulungnya, Fuad. Semoga Fuad menjadi anak yang soleh untuk ibu dan ayahnya...ameen

Selamat Hari Lahir juga untuk adik Danial Hakimi...semoga menjadi anak soleh dunia dan akhirat..ameen...














 



Thursday, October 23, 2014

KEK CARROT AIDILADHA

Assalamualaikum...

Kek carrot sempena Hari Raya Aidiladha ditempah Muallimah Rohida. Terima kasih tidak terhingga atas sokongan yang telah diberikan.





Yang ni pula bawa balik kampung di Ipoh dan Pantai Remis


Tuesday, August 12, 2014

MAJLIS PERTUNANGAN

Assalamualaikum...

Tahniah diucapkan kepada adik ipar yang disayangi, Nor Fadilah Binti Saadul Kurzi yang telah melangsungkan majlis pertunangan pada 9 Ogos 2014 (Sabtu) yang lepas. Saya mengambil kesempatan menyediakan sebiji kek coklat, coklat dan sedikit biskut/cookies sebagai hadiah kepada pihak lelaki.






Semoga majlis perkahwinan yang dijadualkan pada 30hb Ogos 2014 akan datang akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. 

Semoga hubungan kalian berkekalan dan dirahmati Allah hendaknya..ameen...