Wednesday, May 26, 2010

Selamat Hari Guru!

Assalamualaikum...

Walaupun agak terlewat load gambo2 kek untuk Haru Guru ni...still bulan May kira ok ler tu.


Anak sulung tanya hari guru nak bagi hadiah apa pada cikgu2nya? Disebabkan uminya buat kek, bagi ler choc cake yang cute untuk setiap gurunya termasuk ustazah di sekolah agamanya...



Abangnya bagi kek kat cikgu, adiknya pulak bertanya untuk cikgu dia tak der ker? Maka buat juga kek choc untuk guru di Tadika Pasti Ar-Raihan.




Ada sambutan hari guru di sekolah agama Along...tak fikir banyak, kek jugalah yang dibawa ke sekolah...tapi kali ni kek icing...



SELAMAT HARI GURU!


Terima Kasih buat semua guru2 yang telah mendidik saya...

Saturday, May 15, 2010

Muffin cup

Assalamualaikum...
Sesiapa yang nak buat muffin atau cup cake...pelbagai pilihan cup boleh digunakan dan pelbagai pulak warnanya...nak tengok lebih banyak, ha...pergi sendiri ke kedai barang/bahan bakeri (bakery supplier). Di sini sekadar nak share cup yang pernah saya digunakan sahaja...



Yang kecil sekali jarang2 digunakan. Biasanya untuk biskut2 raya. Nak bakar guna cup ni, kena guna muffin tray...Kalau nak kukus guna cup ni...macam tak boleh ajer.



Cup kertas lebih mudah untuk dibakar kerana tidak perlu guna muffin tray. Boleh letak terus atas tin...So, lebih banyak muffin boleh dibakar sekaligus. Kalau muffin tray paling besar 12 cup, dengan cup ni boleh bakar sekaligus maybe 25 biji (dengan saiz oven yang kecil). Di sini ada 2 saiz ajer, tapi ada yang lagi besar (tak pernah guna, so tak der gambar).


Yang ni pulak...dipanggil souffle cup (entah betul ke tidak...). Yang putih boleh digunakan untuk membakar dan mengukus (kata tokey kedai tu la...tak pernah lagi ngukus guna cup ni). Tak perlu gunakan muffin tray. Biasanya digunakan untuk buat cup cakes dan mudah disesuaikan untuk tema2 warna2 tertentu. Mudah untuk decorasi cup cakes kerana atas tepinya rata dan keras.



Cup berwarna ni hanya untuk membakar dan tidak boleh digunakan untuk mengukus. Tidak perlu gunakan muffin tray. Cute untuk cup cakes dengan warna dan corak cup yang pelbagai dan mudah untuk dihias. Ada warna oren, merah, hijau dan lain2nya. Untuk souffle cup (putih dan warna) diatas, biasanya yang saya lihat dan guna ada 2 saiz (yang kecil x der dlm stok sebab jarang guna, so tak der la gambarnya)


Banyak cup jenis2 lain....boleh dilihat dikedai2 bakery supplier. Cumanya ini cup yang ditunjukkan ini adalah kebiasaan yang digunakan. Bagi mereka yang berminat dengan cup cakes pasti akan mendapati kepelbagaiannya dipasaran.

Tuesday, May 11, 2010

Cute choc cake

Assalamualaikum...

Tempahan Choc Mud Cake dari K. Sa...tapi tak nak besar sangat katanya. Al maklumlah saiz family yang kecil.



Chocolate Mud Cake
Saiz : 7 inci (round)
Berat : 700 - 800 gram


Simple decoration...semoga K. Sa berpuas hati dan
lain kali boleh order lagi
Terima kasih daun keladi...


Dapat Order Tengah Malam

Assalamualaikum...

Pada 26 April lepas pada pukul hampir 12 tgh/malam, terima satu panggilan nak order muffin dan juga roti (tak banyak, cuma 100 biji sahaja) untuk malam esoknya (27/4/2010). Tapi tempahan roti terpaksa ditolak kerana kekangan masa, cuma terima tempahan muffin. Fikir2 nak buat muffin choc cip + hazelnut...tapi bahan tak semuanya ada...sempat ker nak buat? Nak beli barang lagi esoknya, pukul 8 malam dah nak hantar.

Tetapi Alhamdulillah semua berjalan lancar...roti yang saya nak beli pagi esoknya, pada mulanya memang rasa risau jugak...mana nak pergi beli bahan muffin lagi...nak beli roti 100 biji (ada ker kedai boleh dapat 100 biji sekali gus?). After hantar anak sekolah pagi tu, singgah 1 kedai untuk beli roti...tup2 Alhamdulillah berhenti van roti depan mata...senangnya hati. Lepas tu baru pergi beli bahan muffin pulak....Terfikir pulak nak bakar muffin ni sempat ker? Masa di kedai peralatan bakeri tu, terfikir untuk guna muffin paper cup yang tidak perlu bakar atas muffin tray, so boleh masuk oven sekali gus sebanyak 25 biji (berbanding guna muffin tray hanya 12 biji)...maklum ler oven cute!
Muffin cup yang digunakan...Tidak terlalu besar dan sesuailah agaknya untuk dimakan pada waktu malam.


Muffin Choc Chip + Hazelnut


Dalam kekalutan tu, sempat membuat muffin choc (resepi lain pulak, sekadar mencuba dan makan sendiri)...Alhamdulillah...

Plain Chocolate muffin

Friday, May 7, 2010

Tuhan tentukan segalanya

Assalamualaikum...

Kebiasaannya orang akan bertanya kepada saya..."kenapa tak bekerja....jadi pensyarah (dah pernah ngajar uitm 2 tahun) atau pun akauntan (dah pernah kerja audit firm 3 tahun)? Terutama sekali bila di kampung. " Kenapa tak bekerja? Dah belajaq tinggi masuk ke universiti? Buat apa susah2 dok niaga buat roti dan kek ni, buat pening kepala jelah"
Jawapan yang saya aturkan ialah:
  1. Dengan izin Allah semua ni terjadi. Kita hanya merancang. Dah minat tang tu nak buat macam mana.

  2. Saya takkan buat semua ni kalau suami saya tak izinkan. Alhamdulillah suami mengizinkan dan memahami...TQ my lov hubby!!!

  3. Ibu bapa juga tidak melarang dan tidak juga menyuruh...

  4. Bukan kerja sendiri/berniaga ajer yang pening kepala. Kerja makan gaji pun boleh pening kepala malahan mungkin lebih lagi, wallahualam (hanya mereka yg bekerja mengetahui). Tambahan lagi kalau niat tidak diperbetulkan.

Bila dikenangkan kembali macam mana saya boleh minat buat kek dan bertekad pergi belajar dulu (walaupun sekadar 2 hari), mungkin disebabkan keinginan yang kuat yang bermula semasa belajar di matrikulasi (lebih kurang umur masa tu 18 tahun). Kebetulan berhampiran dengan kolej tempat saya belajar ada satu bakery. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya akan masuk kedalam bakery (walau pun tidak membeli apa2), sekadar pusing2 dan sambil berfikir..."bestnya kalau aku pandai buat roti dan kek macam ni, mesti seronok." Setiap kali masuk mana2 bakery inilah yang terlintas difikiran, walaupun setelah saya berkahwin. Pantang jumpa bakery, mesti nak jengah walaupun sekejap. Suami pun dah faham sangat dah. Bila diingatkan balik, apa yang difikirkan selalu dah macam doa dan Allah mengabulkan permintaan itu. Allah memberi peluang kepada saya untuk merealisasikan apa yang diingini tanpa saya sedari....Alhamdulillah.

Sekarang sudah boleh membuat kek dan roti sendiri walaupun tidak sepakar chef2 terkenal dan bukan hasil resepi sendiri, namun cukup memuaskan hati saya. Sememangnya masih banyak yang perlu dipelajari lagi....sekarang ni kalau masuk mana2 bakery apa yang terfikir ialah..."Nanti nak cuba buat kek macam ni pulaklah" dan semasa masuk dan keluar dari bakery mesti terfikir..."Ya Allah, seronoknya ada bakery macam ni, tak besar kecil pun jadilah".

Sekiranya difikirkan rentetan dari peristiwa pertama tadi...Allah telah memakbulkan satu permintaan dan sekiranya Allah memakbulkan permintaan yang ke 2, adakah saya sudah bersedia untuk menguruskan sebuah bakery walaupun tidak besar??? Kekadang ada perkara yang kita merancang bukan main hebat lagi...yang terbaik untuk diri dan family. Tetapi kita sering lupa bahawa perancangan Allah adalah lebih hebat dan terbaik.

Tidak semestinya setiap perancangan terbaik untuk kita/family adalah terbaik disisi Allah. Mungkin apa yang kita lihat sesuatu sebagai tidak gah/hebat, namun mungkin ianya adalah TERBAIK UNTUK KITA/FAMILY DISISI ALLAH. Hanya Allah yang mengetahui sebab dan hikmahnya.

Iktibarnya disini ialah...

  1. Jangan kita lupakan Allah dalam apa jua bidang yang kita ceburi dan lakukan
  2. Mohon doa kepada Allah apabila kita mendambakan sesuatu dengan jelas..insyaAllah..sesungguhnya Allah Maha Mendengar
  3. Perancangan sememangnya penting apabila melakukan sesuatu perkara, namun perlu diingatkan bahawa perancangan Allah adalah lebih baik
  4. Musibah yang Allah turunkan bukan sekadar untuk menguji, tetapi juga untuk meningkatkan kesabaran dan kekuatan dalaman diri kita...redha dan bersabarlah

Monday, May 3, 2010

Cute cup cakes

Assalamualaikum...

Cup cake choc yang ditempah oleh M.Cik Yati, jiran kat rumah untuk majlis perkahwinan anak saudaranya. Bukan nak buat hantaran katanya....untuk diberikan makan2. Semoga M.Cik Yati berpuas hati dengan decoration cup cakes tu dan yang makan pulak berpuas hati dengan rasanya...
TQ kerana sudi order ngan saya.

Yang dah siap masukkan dalam kotak...