Tuesday, November 27, 2012

Roti Jadi Donut

Assalamualaikum...

Dah 2 tahun lebih, mixer yang bersaiz 3 kg tak berputar. Akhirnya dapat satu order roti untuk program remaja di Pusat Islam, UPM...dapat la menggunakan kemahiran yang tidak seberapa untuk buat roti. Tapi selepas campur tolak dari segi masa, bilangan order dan saiz oven di rumah, tak sempat untuk buat roti. Akhirnya semuanya digoreng jadi donut. Buat donut bersalut coklat dan donut sosej gulung. 

Dah lama nak buat roti untuk makan-makan, akhirnya berjaya juga meyiapkan...alhamdulillah.
Terima kasih Kak Aida kerana sudi order dari saya! Just to share gambar-gambar yang ada cuma tak der gambar donut sosej gulung:




Tak jadi dibakar..akhirnya digoreng juga.



Roti manis ni untuk makan sendiri jer...




Monday, November 5, 2012

KEK COKLAT KUKUS

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, teringat semasa balik kampung semasa Raya Aidiladha lepas, adik ipar ajak buat Kek Coklat Kukus..tapi tak dapat buat dengannya sebab kena balik KL awal. Bila dapat tahu mereka dah berjaya buat kek coklat tu, keinginan pun kuat nak buat juga...lagi pun dah lama tak baking ni. Memang rindu sangat. Cuma kali ini menggunakan kukus saja dan tidak menggunakan teknik whisk, so tak payah ler keluarkan mixer...

Resepi memang banyak samada kukus atau pun bakar...tapi terjumpa satu resepi ni yang nampak agak  mudah dan boleh dicuba untuk mengenalpasti rasanya pulak. Kalau menggunakan teknik yang sama tetapi resepi berbeza pernah jugak buat sebelum ini...saya masukkan gambar kek yang dah siap..hubby sempat makan semulut jer (itu pun disuapkan)..nak buat macam mana...hubby bukan peminat kek esspecially kek coklat ni..tapi....kalau anak2 sebaliknya la pulak....baru angkat dari dapur dah sibuk2 nak makan..



Kukus menggunakan bekas-bekas kecil supaya nampak comel. Tapi yang comel2 ni, sekejap jer dimakan oleh anak2...dah habis...
















Taburkan sikit rice berwarna-warni supaya nampak menarik...










Ni pulak kukus dalam bekas yang besar...

Emmm...alhamdulillah rasanya sedap juga..Bagi yang berminat boleh la mencuba (boleh berkongsi sebab ini pun dapat dari internet jugak...tapi tak ingat la pulak kat mana)

Kek Coklat Kukus
Bahan A:
100 gm serbuk koko (saya gunakan 120 gm sebab nak menghabiskan baki serbuk koko yang ada)
200 gm butter cair/minyak
250 gm susu pekat (lebih kurang 1/2 tun susu)
1 tin susu cair (boleh jugak kot guna susu kotak full cream/fresh milk tu)

Bahan B:
250 gm gula (saya gunakan 200gm sahaja..boleh kurangkan lagi kalau nakkurangkan manis sebab dah pakai
                     susu pekat manis. kalau guna gula kastor lagi mudah larut. Memang kalau buat kek sesuai guna
                     gula kastor berbanding gula pasir biasa)
4 biji telur (saya gunakan saiz A, sebab tu jer yang ada kat umah. Memang kalau buat kek normally guna saiz A @ B)

Bahan C (diayak bersama):
150 gm tepung gandum (nak guna tepung super fine pun boleh, jangan guna high protein sudah ler. Kalau   
                                     bukan untuk jual atau tempahan dari orang, saya guna tepung gandum biasa jer)
1 sdt soda bikabornat
1 sdt baking powder

Cara-cara:


1 - Masak A atas api yang kecil hingga sebati dan larut , tidak perlu sehingga menggelegak. Kalau nak koko tu mudah larut, boleh ayak dulu kot...jika tak berketul sikit la.
2 - Pukul B hingga sebati dan kembang (berbuih). terpulang nak guna tangan atau mixer
3 - Campurkan B dan C ke dalam A dan kacau sehingga sebati. Tapi jangan terlebih kacau(overmix). Ini biasa peringatan untuk buat kek yangmenggunakan teknik seperti ini..Just for sharing.....so jangan la kacau beria-ia sangat...tak tau la pulak kot ada pendapat lain.
4 - Boleh la kukus..tapi pastikan air dah dididihkan dulu baru letakkan kek...kukus lebih kurang 1 jam atau sehingga pasti kek dah masak  

MAAF LA TULIS RESEPI SIAP DENGAN TIPS PANJANG SEBELAHNYA! 
Tapi kalau belajar dengan chef2, ini la yang kita perlu dengar baik2...Tips2 yang keluar dari mulut mereka secara spontan selain yang bertulis. Belajar daripada pengalaman....JUST FOR SHARING!!