Wednesday, May 28, 2014

CHOCOLATE MOIST AGAIN

Assalamualaikum...

Terima kasih kepada Kak Bayani kerana masih sudi menempah Moist Chocolate Cake lagi. Kak Bayani seorang yang sentiasa perihatin dengan semua anak-anak usrahnya, sentiasa meraikan hari lahir mereka samada secara persendirian atau kombinasi beberapa orang.

Salah satu satu daripada cabang komunikasi yang berkesan ialah dengan tidak mengabaikan perkara-perkara yang dianggap remeh tetapi sebenarnya amat memberi makna dan kesan jangka panjang. Seperti mengingati tarikh-tarikh penting dan memberikan hadiah walau pun sekecil mana atau bentuk apa jua pun. Semoga hubungan semuanya berkekalan kerana Allah s.w.t....ameen...




Menghias dengan bunga butter cream untuk menampakkan kelainan dan keceriaan pada kek 

Semoga berpuas hati....terima kasih sekali lagi...

SANAH HELWAH untuk semua yang menyambutnya....

Tuesday, May 27, 2014

PEMINAT KEK

Assalamualaikum..

Salah seorang rakan, Syikin Ahmat menempah kek coklat...satu kek coklat moist dan satu lagi kek span coklat dengan butter cream. Katanya beliau merupakan peminat kek, jadi boleh la menjadi food tester untuk kek yang dia order. So Syikin...any comments boleh jer bagitau akak, tak payah malu-malu. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi tempah kek dan semoga enjoy makan bersama anak-anak dan rakan sehalaqah...

Kek untuk meraikan hari lahir anak-anak Syikin dan juga anak saudara

Kek untuk meraikan anak-anak usrah dikalangan pelajar tingkatan 5


TERIMA KASIH....

Monday, May 19, 2014

COKLAT HARI GURU

Assalamualaikum...

Bila tiba bulan Mei setiap tahun, sebagai ibu...kepala mula berfikir apa la hadiah untuk berikan pada semua guru anak-anak disekolah mereka. Anak-anak pasti akan bertanya terutama anak perempuan, Iman. Yang lelaki pulak macam tak kisah...akhirnya tengah sibuk-sibuk membelii bahan kek, datang idea nak buat coklat utk semua guru-guru mereka dan juga book mark.

Alhamdulillah..akhirnya keinginan dan impian nak buat coklat sendiri tercapai..






Terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik anak-anak bangsa untuk menjadi orang yang berguna pada masa hadapan.

Raikan Raikan Sekerja

Assalamualaikum...

Bulan April lepas 3 orang rakan sekerja meraikan Hari Lahir bersama....Kak Nor Amirzam, Kak Zurina dan Nik Yuhanim..



Semoga sentiasa berada dalam keredhaan Allah....

Sunday, May 18, 2014

Raikan Rakan Serumah

Assalamualaikum...

Terima kasih kepada Nik Yuhanim kerana sudi menempah kek sempena meraikan kawan serumah yang akan berpindah. Diharapkan semua rakan-rakan berpuas hati menikmati kek coklat yang tersedia...

Lapisan tengah kek di masukkan sedikit cream cheese sebagai penambah rasa..semoga menikmati...

Wallahualam

Hari Lahir Iman dan Amin

Assalamualaikum...

2 orang anak menyambut Hari Lahir pada bulan April iaitu Nur Iman dan Muhammad Al-Amin. Nur Iman membawa mini chocolate cup cake untuk diberikan kepada kawan-kawan manakala Al-Amin membawa sebiji kek coklat untuk makan bersama guru dan rakan-rakan.

 Untuk dibawa Amin ke sekolah...

Iman bawa mini choc cake..mudah untuk diagihkan kepada kawan-kawan sekelas dan guru-guru...