Friday, February 21, 2014

TERIMA KASIH SEMUA!!

Assalamualaikum...


Terima kasih kepada mereka yang sudi menempah kek baru-baru ini....


Nadhirah yang menempah untuk makan bersama anak-anak usrahnya....
Dengan kesibukan bekerja dan kesuntukan masa hanya mampu decoration yang simple sahaja
 Terima kasih juga untuk Kak Bayani kerana sudi menempah Chocolate Moist ni.. untuk meraikan birthday salah seorang anak usrahnya Siti Farhana Hidayah atau NANA..juga sebagai tanda perpisahan dengan Nana yang menamatkan perkhidmatan beliau di Sri AL-Amin Bangi. 
Semoga persahabatan dan ikatan silaturrahim akan berkekalan ...insyaAllah

Tempahan dari Kak Noni untuk meraikan hari lahir anaknya yang ke-4, Fatin Solehah.
Kek-kek comel ini adalah untuk diedarkan kepada kawan-kawan sekelas Fatin.
Semoga Kak Noni berpuas hati...