Wednesday, March 3, 2010

Untuk anak-anak yang comel

Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul buat semua pembaca. Sempena sambutan Maulidur Rasul, di surau ada mengadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak bagi memeriahkan suasana dan malamnya pulak ada ceramah. Dok fikir2 apa yang diberikan kepada kanak2 yang masuk pertandingan petang tu sebagai minum petang...tak lain tak bukan kek ler apa lagi. Cuma nak cuba kek lain ler pulak...inilah hasilnya...

Choc Chip Hazelnut Muffin
Saiz : Paper cup 2.5 inci (M)

Buat kecik2, sebab kanak2 nak makan, nanti tak habis pulak. Boleh tahan rasanya...
Alhamdulillah kanak2 suka...yang chocolate ni memang budak2 suka pun. Satu tak cukup nak lagi...

Masa tengah minum petang tu...alhamdulillah ada pulak yang nak order muffin ni untuk kenduri doa selamat.

Selepas program kat surau tu, ada program kanak2 di tempat lain pulak...Dok fikir apa lagi nak hidang after habis program. Nak buat cup cake vanilla dah selalu sangat. Tengah dok putar tu, terfikir nak buat cup cake pandan kelapa. Terus ambil esen pandan dan kelapa kering, masukkan dalam mixer (timbang ler dulu)...alhamdulillah jadi ler jugak. Ha...baru ler lain sikit warnanya...asyik kuning ajer, tukar hijau pulak dan siap ada kelapa lagi...










Cup cake pandan kelapa
Saiz : Paper cup 3 inci (L)
Ada krim lebih icing cup cake untuk majlis pertunangan, dapat jugak krimkan cupcake hijau ni. Alhamdulillah cukup2 jer krim tu.
Tengok hiasan krimnya pun simple ajer, takut krim tak cukup, dah tak sempat nak putar lain, dah tengah malam pun buat ni.
Ni dah siap pack dalam bekas, kotak tak ada...guna ajerlah apa yang ada...
Habis program baru dapat rasa kek yang dibuat malam tu. Besar jugak kek ni, jenuh jugak nak habiskan (lagi pun ada makanan lain jugak).

Untuk anak2 ni memang saiz yang lebih kecil eloknya...lepas program barulah terfikir.


Anyway...alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment