Tuesday, August 26, 2014

Kek Pertunangan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah menerima 1 lagi tempahan kek untuk majlis pertunangan daripada Muallimah Rohida. Beliau merupakan penggemar carrot cake. Semasa majlis pertunangan anaknya Muallimah Rohida tempah carrot cake untuk dibuat sebagai hantaran.

Terima kasih tak terhingga atas tempahan tersebut.

 Lapisan tengah juga disapu cream cheese dan ditabur dengan walnut

Ccarrot cake yang siap dihias

Dah siap digubah untuk hantaran

TERIMA KASIH

Semoga berpuas hati...

Tuesday, August 12, 2014

MAJLIS PERTUNANGAN

Assalamualaikum...

Tahniah diucapkan kepada adik ipar yang disayangi, Nor Fadilah Binti Saadul Kurzi yang telah melangsungkan majlis pertunangan pada 9 Ogos 2014 (Sabtu) yang lepas. Saya mengambil kesempatan menyediakan sebiji kek coklat, coklat dan sedikit biskut/cookies sebagai hadiah kepada pihak lelaki.






Semoga majlis perkahwinan yang dijadualkan pada 30hb Ogos 2014 akan datang akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. 

Semoga hubungan kalian berkekalan dan dirahmati Allah hendaknya..ameen...

Sunday, August 3, 2014

CARROT CAKE

Assalamualaikum...

Belum pernah lagi buat carrot cake tempahan orang..cuma pernah buat untuk makan sendiri. Tetapi setelah ada permintaan kena la jugak menyediakan siap dengan decoration sekali. Kali pertama dari Muallimah Lailawati untuk meraikan Anniversary beliau. manakala yang ke -2 pula tempahan oleh Muallimah Rohida untuk makan-makan sekeluarga yang disiapkan 2 hari sebelum balik kampung cuti beraya....

Tempahan Muallimah Lailawati...
Semoga dipanjangkan usia perkahwinan kalian..




Tempahan Muallimah Rohida...

Terima Kasih Semua...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

MAAF ZAHIR BATIN...