Wednesday, April 28, 2010

Happy birthday & Graduation!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah....kepuasan yang tidak terkira dapat menyiapkan tempahan seterusnya...semoga yang menempah berpuas hati.

Pada 24/4/2010 lepas, adik2 student dari UPM order 2 biji Choc Mud Cake (diaorang dah pernah rasa kek ni...mybe sedap kot) untuk sambut birthday kawan2 dan juga bagi member yang nak bergraduate this semester. Cuba memikirkan untuk buat decoration yang lain pulak (coz tak ditetapkan decoration yang customer nak). Semoga memenuhi citarasa....dan berpuas hati.



Chocolate Mud Cake
Berat : > 1.5 kg (9 inci round)

Chocolate Mud Cake
Berat : > 1.5 kg (9 inci square)


Cup cake Choc moist ni FOC kat adik2
Ada tempahan cup cake on the same day, sajer buat lebih untuk bagi kat adik2 UPM ni.
Thanks for the order...sudi2kan untuk order lagi

Kek Coklat untuk mak ayah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Puan Zila, officemate suami masih sudi lagi order kek. This time order Choc Moist Cake. Katanya nak bawa balik kampung coz maknya suka kek coklat.


Chocolate Moist Cake
Berat : 700 - 800 gm (7 inci)
Harga : RM28.00


Thanks Zila kerana sudi order....



Sunday, April 25, 2010

Teringin choc cake

Assalamualaikum...
Teringin pulak rasanya nak makan chocolate mud cake, so buat untuk makan2...mula2 buat tak puas makan gamaknya, jamu orang lain makan, sendiri tak cukup....


Chocolate Mud Cake
Hias dengan parutan coklat supaya nampak lazat sikit....
Berat : 1.5 kg (9 inci)



Selepas dipotong...emmm...yummy...yummy...
Tak slice ditengah2 coz, kek tu dah pekat coklatnya


Thursday, April 22, 2010

2nd order...TQ

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, officemate suami, Zila order hazelnut torte pulak. Tapi katanya tak nak yang besar coz nak makan berdua dengan suaminya ajer. Inilah hasilnya...

Buat 2 biji, yang ni untuk customer dan bawah untuk makan2 dengan family. Dulu dapat buat almond torte (sebab hazelnut habis), ni nak merasa ler pulak hazelnut torte. Emm...boleh tahan rasanya, terasa kekacang dalam kek tu (amboi....masuk bakul angkat sendiri nampaknya)

Hazelnut Torte
Berat : +- 500 gram
Chocolate Buttercream
Simple decorations with roasted ground hazelnut

Tuesday, April 20, 2010

Birthday anak-anak

Assalamualaikum...

Dalam bulan April, 2 orang permata hati umi menyambut ulangtahun kelahiran iaitu Iman dan Amin pada 7 dan 8 April. Saya buat kek dan hantar ke sekolah Iman untuk dimakan bersama rakan-rakan sekolahnya. Ada juga buat muffin coklat chip sebagai buah tangan bersama dengan jajan yang dibungkus dlm plastik. Muffin ni juga dicampur dengan badam halus (asalnya nak masukkan hazelnut, tapi dah habis…Emmm kalau ada terasa tergigit kekacang dalam muffin tu lagi sedap. Tapi dah badam tu halus sangat tak terasa la kacangnya.


Kek span chocolate with buttercream

Buat deco bakul berisi bunga tapi, bakulnya terbalik...

Berat : 1 kg (banyak bunganya bertambah ler beratnya)



Ni pandangan sisi kek



Ni pulak muffin choc chip

Masukkan dalam casing, then bungkus dalam plastik dgn jajan



Saturday, April 10, 2010

Order kek coklat lagi

Assalamualaikum...

Ramai juga yang dapat merasa chocolate mud/fudge cake yang buat minggu lepas dan alhamdulillah dapat feedback yang baik juga. Alhamdulillah dapat order kek yang sama oleh K. Amalina.



K. Amalina juga order kek carrot (without topping)
Saiz : 8 inci
Berat : +- 800 gram

Chocolate Mud Cake yang diorder oleh K. Amalina. Katanya untuk makan sendiri, so tidak trim atas kek tu dan hiasannya pula simple.

Saiz : 9 inci
Berat : 1.6 kg (tidak trim kat atas) 1.5 kg (trim kat atas) - berat after topping

Thanks K. Amalina sebab order...

Sunday, April 4, 2010

Chocolate Cakes

Assalamualaikum...




Chocolate Mud/fudge Cake
Sesiapa yang suka kek coklat yang pekat dan melekat (term sendiri) mesti cuba yang ni. Its more fudgy
Saiz : 9 inci
Berat : 1.3 kg
Topping : Milk Ganache

Chocolate Moist Cake

Its more cakey...chill in fridge before serve, emmm...yummy..yummy
Jamu kawan-kawan makan.
Saiz : 7 inci
Berat : +- 800 gram
Topping : Cream ganache
Decorations : simple deco with 3 roses (not very cute)



Chocolate Moist Cake

Sama dengan yang atas, cuma deco jer lain sikit.

Ni order daripada officemate suami...Zila kalau tak silap namanya.

Thank you Zila for your order!

Saturday, April 3, 2010

Halal

Assalamualaikum...



Sebagai umat Islam, isu utama yang berbangkit bila berbicara bab2 makan sudah pastinya tentang status halalnya. Logo inilah yang dicari tatkala membeli belah.





Begitulah juga isunya bila saya yang menghasilkan kek dan menjual kepada orang ramai. Inilah perkara yang perlu dititikberatkan terlebih dahulu. Bila seorang kanak2 bertanya pada ibunya soalan ni....


"Mak Cik Sofi beli barang-barang buat kek kat mana?" dan "Halal ker mak bahan yang digunakan untuk buat kek ni?"

Apakah maksudnya soalan2 ini? Maksudnya masyarakat sekarang begitu menitikberatkan makanan yang diyakini halal (walau pun ada jugak yang masih tidak peduli bab halal haram makan dan minum ni). Adalah menjadi tanggungjawab untuk memastikan semua bahan yang digunakan adalah Halalan Toiyiban (maaf ler kalau salah eja)

InsyaAllah sebagai seorang individu muslim...yang juga menitikberatkan perkara ini, akan memastikan setiap bahan yang digunakan itu adalah halal. Takut jugak nanti disoal di akhirat...


InsyaAllah keyakinan pembeli dengan kek yang dihasilkan akan lebih memberi keyakinan kepada saya untuk menghasilkan yang lebih baik...tak lupa juga sebarang komen dari pembeli amat diperlukan untuk memperbaiki dari masa ke semasa.