Sunday, November 3, 2013

COTTON CHEESE CAKE

Assalamualaikum...

Thank You Kak Surina kerana sudi order Cotton Cheese Cakes...semoga Kak Ina menikmatinya bersama keluarga tercinta....

Sekadar hiasan yang simple.....blueberry topping dan buah strawberry
Berat keseluruhan bersama topping : 1 kg




Monday, September 23, 2013

COTTON CHEESE CAKE

Assalamualaikum...

Terima kasih Abidah kerana sudi menempah cotton cheese cake daripada akak. Tak dapat menyediakan kek dengan saiz yang lebih besar. Hanya menggunakan bahan yang memang sedia ada dirumah. Semoga Abidah dan rakan-rakan yang menikmati kek tersebut berpuas hati...

Asalnya hanya letakkan blueberry filling di atas kek....
 
Kebetulan ada buah kiwi kat rumah....apa lagi...sibuk menambahkan hiasan yang tidak seberapa..
Berat = 900 gram (lepas letakkan hiasan)

Thank you very much...


Sunday, September 22, 2013

KEK COKLAT BUAT ADIK-ADIK USRAH

Assalamualaikum...

Dikesempatan yang ada dari segi masa...ambil peluang untuk menyediakan kek coklat untuk kumpulan usrah di sekolah. Semoga semuanya berpuas hati. Insyaallah ada rezeki akan cuba menyediakan kek lain pula nanti.


Terima kasih kepada semua...semoga ukhuwwah kita perpanjangan dan mendapat redha Allah. Semoga tugasan kalian sebagai pendidikan akan dihitung Allah dan diberikan ganjaran yang setimpal...amin


Kalian merupakan insan-insan terpilih oleh Allah untuk bersama-sama memikul amanah yang mulia...insyaallah....
Abidah, Hafizah, Nik Mazni, Latifah, Nainmah, Hazwah, Farhana H, Zaifah, Yasmin dan Khairiah...

Thursday, September 5, 2013

AIDILFITRI 2013/1434h

Assalamualaikum....

Dikesempatan cuti beberapa hari sebelum pulang ke kampung, sempat ambil peluang membuat 2 jenis biskut sahaja...alhamdulillah walaupun tidak banyak seperti sebelum ini.






Tahun ni hanya berikan biskut buatan sendiri kepada mak dan mak mertua sahaja...untuk adik-beradik, cuba sediakan hamper seadanya....dan

Untuk anak-anak saudara pula...disediakan mini hamper...siap bacth button mempunyai nama masing-masing.


KEK COKLAT TANPA GULA

Assalamualaikum...

Dah lama sangat tinggalkan blog ni. Last up date Februari 2013.
1) Memang aktiviti baking ni dah kurang sikit, dan
2) Tak sempat mengadap komputer untuk up date.

Ramadhan dan Raya tahun ni (1434H) pun tidak buat banyak biskut seperti selalu.
Masa iftar bersama Ikram Kawasan Sepang, menyempatkan diri membuat kek kukus coklat dalam muffin cup supaya lebih mudah untuk dimakan...dan malas nak buat buat topping.

tapi...huhu..what happen??? Lepas jer siap kek, nampak gula semangkuk tidak dimasukkan dalam adunan kek. Laa...apa rasanya kek ni. Suruh anak ke-3 makan...habis dan katanya nak lagi..."ok jer ummi"katanya. Lega sikit tapi still tak puas hati, prepare juga chocolate topping dan sesiapa yang nak makan kek tu, tuangkan jer atas kek.

Moral of the story....
1) Jangan buat kek dalam keadaan kelam kabut...dan 
2) Jangan buat sekejap, tinggal sekejap...then buat kerja lain..sambung balik..

Huhu..inilah kesannya....


Tapi alhamdulillah sebenarnya rasa kek tu masih ok sebab telah dimasukkan susu pekat dalam resepinya...so ada la rasa manisnya walaupun tidak dimasukkan gula. So bagi sesiapa yang nak mengurangkan gula dalam masakan...boleh la cuba...tapi susu pekat dalam resepi tu kena la masukkan jugak...

Tuesday, February 12, 2013

Kek Coklat Kukus/bakar

Assalamualaikum...

Alhamdulillah....kali ini buat 2 adunan kek coklat kukus dan guna adunan yang sama untuk dibakar. Hasilnya dapat  3 biji kek. 2 biji dikukus dan sebiji dibakar.

Apa bezanya? Kek yang dikukus lebih lembap(moist) berbanding yang dibakar. Kali ini adik ipar dan isterinya yang menjadi tester yang kebetulan datang ziarah ke rumah. Mereka baru melangsungkan perkahwinan pada Disember 2012 lepas.

'SELAMAT PENGANTIN BARU FAKHRUL & MAISARAH'

Nak berkongsi gambar-gambar:

 


Siap untuk dikukus



Hasilnya...2 biji kek (bulat) yang telah dikukus dan sebiji dibakar.
Warnanya berbeza....kelembapan pun ada sikit beza...


Dituang dengan topping coklat cair....menambah selera...
Alhamdulillah