Sunday, January 31, 2010

Berkongsi ilmu

Assalamualaikum...

Dah ada cukup peralatan, rajin mencuba itu dan ini. Masa berniaga dulu tak sempat nak mencuba pelbagai jenis kek. Yang selalu dibuat kek span ler apa lagi..


Emm...tapi masih banyak ilmu buat kek ni yang tak tahu rasanya. So...ambil keputusan untuk menuntut ilmu ni dengan chef yang lain pulak. Seharian belajar buat kek dengan Chef Noraini di Batu Caves pada 17/5/2009, alhamdulillah dapat tambah sikit ilmu didada.



Keinginan dihati ni nak belajar dengan chef-chef yang berlainan...insyaAllah jika diberikan Allah keizinan, kesempatan dan peluang.

After belajar, alhamdulillah dapat mencuba apa yang dipelajari dan juga mencuba resepi kek-kek lain. Bila dah selalu buat tu faham-faham je ler, mana larat nak dihabiskan sekeluarga. Al maklumlah, suami pun bukannya hantu kek pun. Nak minta tolong jadi tester dan pengkritik memang bolehlah. Dah buat banyak2, memang selalu bagi kat jiran-jiran. Dari situlah jiran tahu yang saya ni buat kek dan ada yang minta ajarkan mereka pulak. Serba salah juga sebab saya bukanlah pakar, bukanlah chef yang nak ngajar orang lain ni.


Tapi bila memikirkan balik, apa salahnya berkongsi ilmu ni dengan orang lain pulak. Berjaya juga akhirnya mengajar dalam 3 kelas, yang dibuat kat rumah saja.
1st class , 1/8/2009, Kek zebra/marble
Alhamdulillah menjadi, bukan apa risau juga nak ngajar orang lain bila kek tak menjadi pulak.



2nd class
8/8/2009
Pandan Layer
Ada krim lebih, hiaskan di atas supaya nampak menarik







3rd class
13/8/2009
Chocolate moist
Hiaskan dengan manik warna...nampak colourful...



Sempat buat 3 kelas sebab dah dekat Ramadhan masa tu...

No comments:

Post a Comment