Friday, January 22, 2010

Peluang dimana-mana

Assalamualaikum...

Lama tak dapat nak update blog ni. Gambar dari album yang ditunjukkan sebelum ni semuanya adalah hasil tangan semasa business kat kampung di Perak. Masa tu sibuk dengan buat roti dan bun, so tak dapat mencuba banyak sangat jenis kek. tu yang banyak order icing cake...biasa ler untuk pertunangan, perkahwinan dan birthday. Roti pun dibuat ikut taste dan market kampung.

Selepas bersalin anak ke-3 bulan april 2008, habis je pantang bulan Julai, suami ajak gi KL. Masa tu dekat nak Ramadhan, so rehat le business cadangnye. Akhirnya sampai la ni stay kat KL. Kawan2 bagi cadangan kenapa tak buss je kat KL ni?? Asalnya tu nak buat buss kat kg, then tinggalkan kat adik2. Lagi pun kat sana semuanya dah ada...bengkel, mesin, oven komersial dan lain-lain. Apa yang tinggal cari ilmu dan skill nak kembangkan business. Family memang dah business kuih pau dan frozen food sikit2. Cadang tu nak kembangkan lagi.

Semasa tinggal di KL, mati kutu....sebab tak boleh nak buat apa2. Mixer dan oven tinggal kat kg, fikirnya boleh gak mak guna dan buat kek bila balik kg nanti. Nak hilangkan gian tangan membuat kek beli le juga mixer dan oven.

Suami kata beli yang elok sikit sebab nak guna selalu, ni ler mixer yg dibeli...
Jenama : Kenwood
Model : KM230
Kapasiti : 4.3 liter
600 watt
Bab-bak membeli peralatan sebegini pun minta juga nasihat dari suami....merangkap penasihat ler tu...

Ni pula oven yang dibeli...kata suami tak payah ler beli yang besar dan mahal sangat, setakat bakar sebiji kek pun dah ok.
Jenama : Elba
Kapasiti : 35 liter
Model : EO 3586
1,600 watt

Alhamdulillah, setakat ni dah dapat buat macam2 jenis kek dan siap mengajar orang lain lagi. Dapat juga berkongsi ilmu dan bila berkongsi dengan orang lain ni sebenarnya kita dapat menambahkan ilmu dan meningkatkan kemahiran sendiri.



No comments:

Post a Comment