Friday, October 30, 2009

Menimba ilmu...pasti ada hasilnya

Minat nak buat kek memang dah lama…pernah buat kek tapi faham2 je ler bila tak der ilmu ni macam2 jadi pada kek.

Pernah cuba buat kek icing sendiri.
Masa tu harijadi suami…ni ler jadi nyer…
Masa tu tangan tengah gian nak mencuba icing kek. Dengan bahan dan peralatan yang sedia inilah hasilnya.
Ok dah ler tu pada masa tu. Nak kata puas hati tu off course le tak.
Tapi lepas ler kepingin nak icing kek tadi.
Al maklum ler…orang selalu pegang calculator nak pegang nozel pulak…
After belajar 2 hari dengan chef Liza Zainol….ewah…promosi le plak nama cikgu saya ni, Alhamdulillah bertambah le sikit ilmu pengetahuan tentang bakeri…roti dan kek.
1 hari belajar buat roti, 1 hari lagi buat kek dan icing sekali…off course tak berapa banyak yang dapat belajar..kejap sangat. Alhamdulillah lepas tu boleh buat roti dan berniaga di kampung.
Dapat hantar ke kedai-kedai makan dan kedai runcit….ada le lebih kurang 20 biji kedai….

Memang ler kata orang nak niaga ni, dengar macam syok jer dan mudah, tapi
Banyak yang kena belajar. Nak hilangkan rasa malu berdepan dengan pekedai2 dan orang ramai pun bukan mudah gak. Pernah 2/3 kali lalu pergi balik depan kedai yang sama…sambil berfikir
Nak berhenti ke tidak ni??? Itu ler sikit pengalaman berniaga.
Ni plak roti dan bun yang dijual masa tu…seronok gak…mini pizza pelbagai inti, bun sardine, bilis, kaya, kacang, sosej dll…Ikut market kampung ler…

Walau pun dah belajar dengan chef….setakat 2 hari tu masih banyak lagi yang kena belajar. Ada gak buat rujukan di buku2…pantang buku yang berkaitan, mesti nak beli. Alhamdulillah
ada ler peningkatan gak sikit, walau pun ilmu tu tak seberapa. Ada gak hasilnya…kek tu nampak la rupa sikit...tungguuuuu…

No comments:

Post a Comment