Saturday, October 24, 2009

Kek...kek...kek...

Assalamualaikum pembaca semua...

Kerana minat semua boleh jadi...i'Allah dengan daya usaha.
Saya sekadar berkongsi pengalaman dengan pembaca sekelian. Alhaldulillah berjaya belajar hingga ke menara gading, dah bekerja 5 tahun, tapi akhirnya la ni duduk dirumah jadi surirumah.

Ramai yang tertanya-tanya, baik kawan2 atau orang kampung, kenapa tidak bekerja???? Bagi saya, saya bekerja cuma tidak seperti orang lain le...mana boleh duduk saja je kan? Cuma tidak bergaji, berpejabat dll yang berkenaan.

Lepas 1 tahun rehat dari bekerja, bertekad untuk belajar bakeri...buat roti dan kek. Asalnya minat dah lama...asal lalu depan bakeri mesti kaki terhenti seketika, habis dibelek dalam bakeri tu. Dalam hati dok fikir syoknya kalau ada kedai sendiri...padahal buat kek pun tak reti.

Lepas kursus 2 hari Alhamdulillah boleh dah buat roti dan kek sikit2. Sikit2 pun Alhamdulillah dapat gak berniaga 2 tahun di kampung...hantar roti ke kedai2. Belajar2......nak niaga. After bersalin anak no. 3, stop niaga kat kg, duduk di Cheras, KL. Alhamdulillah dapat gak buat sambilan buat kek di rumah sikit2.

No comments:

Post a Comment