Friday, May 7, 2010

Tuhan tentukan segalanya

Assalamualaikum...

Kebiasaannya orang akan bertanya kepada saya..."kenapa tak bekerja....jadi pensyarah (dah pernah ngajar uitm 2 tahun) atau pun akauntan (dah pernah kerja audit firm 3 tahun)? Terutama sekali bila di kampung. " Kenapa tak bekerja? Dah belajaq tinggi masuk ke universiti? Buat apa susah2 dok niaga buat roti dan kek ni, buat pening kepala jelah"
Jawapan yang saya aturkan ialah:
  1. Dengan izin Allah semua ni terjadi. Kita hanya merancang. Dah minat tang tu nak buat macam mana.

  2. Saya takkan buat semua ni kalau suami saya tak izinkan. Alhamdulillah suami mengizinkan dan memahami...TQ my lov hubby!!!

  3. Ibu bapa juga tidak melarang dan tidak juga menyuruh...

  4. Bukan kerja sendiri/berniaga ajer yang pening kepala. Kerja makan gaji pun boleh pening kepala malahan mungkin lebih lagi, wallahualam (hanya mereka yg bekerja mengetahui). Tambahan lagi kalau niat tidak diperbetulkan.

Bila dikenangkan kembali macam mana saya boleh minat buat kek dan bertekad pergi belajar dulu (walaupun sekadar 2 hari), mungkin disebabkan keinginan yang kuat yang bermula semasa belajar di matrikulasi (lebih kurang umur masa tu 18 tahun). Kebetulan berhampiran dengan kolej tempat saya belajar ada satu bakery. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya akan masuk kedalam bakery (walau pun tidak membeli apa2), sekadar pusing2 dan sambil berfikir..."bestnya kalau aku pandai buat roti dan kek macam ni, mesti seronok." Setiap kali masuk mana2 bakery inilah yang terlintas difikiran, walaupun setelah saya berkahwin. Pantang jumpa bakery, mesti nak jengah walaupun sekejap. Suami pun dah faham sangat dah. Bila diingatkan balik, apa yang difikirkan selalu dah macam doa dan Allah mengabulkan permintaan itu. Allah memberi peluang kepada saya untuk merealisasikan apa yang diingini tanpa saya sedari....Alhamdulillah.

Sekarang sudah boleh membuat kek dan roti sendiri walaupun tidak sepakar chef2 terkenal dan bukan hasil resepi sendiri, namun cukup memuaskan hati saya. Sememangnya masih banyak yang perlu dipelajari lagi....sekarang ni kalau masuk mana2 bakery apa yang terfikir ialah..."Nanti nak cuba buat kek macam ni pulaklah" dan semasa masuk dan keluar dari bakery mesti terfikir..."Ya Allah, seronoknya ada bakery macam ni, tak besar kecil pun jadilah".

Sekiranya difikirkan rentetan dari peristiwa pertama tadi...Allah telah memakbulkan satu permintaan dan sekiranya Allah memakbulkan permintaan yang ke 2, adakah saya sudah bersedia untuk menguruskan sebuah bakery walaupun tidak besar??? Kekadang ada perkara yang kita merancang bukan main hebat lagi...yang terbaik untuk diri dan family. Tetapi kita sering lupa bahawa perancangan Allah adalah lebih hebat dan terbaik.

Tidak semestinya setiap perancangan terbaik untuk kita/family adalah terbaik disisi Allah. Mungkin apa yang kita lihat sesuatu sebagai tidak gah/hebat, namun mungkin ianya adalah TERBAIK UNTUK KITA/FAMILY DISISI ALLAH. Hanya Allah yang mengetahui sebab dan hikmahnya.

Iktibarnya disini ialah...

  1. Jangan kita lupakan Allah dalam apa jua bidang yang kita ceburi dan lakukan
  2. Mohon doa kepada Allah apabila kita mendambakan sesuatu dengan jelas..insyaAllah..sesungguhnya Allah Maha Mendengar
  3. Perancangan sememangnya penting apabila melakukan sesuatu perkara, namun perlu diingatkan bahawa perancangan Allah adalah lebih baik
  4. Musibah yang Allah turunkan bukan sekadar untuk menguji, tetapi juga untuk meningkatkan kesabaran dan kekuatan dalaman diri kita...redha dan bersabarlah

No comments:

Post a Comment