Sunday, February 7, 2010

Kita merancang tuhan tentukan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah semasa tinggal di KL ni memang masih berpeluang berniaga. Tak pernah terima order cup cake banyak2, tetiba ada permintaan...gelabah juga memikirkan macamana nak terima ke tidak. Memikirkan memang itu kerja saya maka terima jerlah. Dalam bulan September 2009, terima order 300 biji plain cup cake, 66 biji icing cup cake, 1 1/2 kg kek icing dan 3kg kek icing dari orang yang sama untuk kenduri yang sama pada 15 Nov 2009. sanggup terima tempahan ni sebab fikirkan why not mencuba...mana nak tahu kot ada tempahan lagi selepas ni.

Menerima tu memang mudah, tapi lepas tu memikirkan macamana nak menyiapkan tempahan dengan oven dan mixer yang cute tu...akhirnya decide beli satu lagi mixer dan oven yg lebih besar sikit. Ni ler rupanya...


Machinery mixer
Jenama : Berjaya
Model : I/BSP-BM15N
Kapasiti : 15 liter/3 kg










Electric Oven Butterfly
Kapasiti : 55 liter
Model: B-5255A
220-240 voltan









Pada 14/11/2009 tu, all were prepared...cup cake, kek span...tinggal nak icing jer lagi. Tu yang kata kita merancang, tuhan yang menentukan segalanya dan hanya Dia yang mengetahui yang terbaik. Pada pagi tu, tengah icing cup cake, terima panggilan dari kampung dan dapat tahu nenek meninggal, innalillah... Masa tu semua serba tak kena, pegang nozel nak icing kek tak kena...pegang yassin tak kena...akhirnya dalam kesedihan pack barang dalam beg dan decide siapkan icing cup cake saja. Nampaknya hanya itulah rezeki saya...walau rasa teruja juga nak icing kek terbesar yg 3 kg tu. Anyway Alhamdulillah..











Customer nak cup cake vanila dan coklat.

Ni yang disusun dalam kotak.

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam nak tanya oven butterfly tu blh muat 2 loyang 8" ke? Pastu brp rm yer?

    ReplyDelete
  3. Salam nak tanya oven butterfly tu blh muat 2 loyang 8" ke? Pastu brp rm yer?

    ReplyDelete
  4. Salam nak tanya oven butterfly tu blh muat 2 loyang 8" ke? Pastu brp rm yer?

    ReplyDelete