Thursday, September 5, 2013

KEK COKLAT TANPA GULA

Assalamualaikum...

Dah lama sangat tinggalkan blog ni. Last up date Februari 2013.
1) Memang aktiviti baking ni dah kurang sikit, dan
2) Tak sempat mengadap komputer untuk up date.

Ramadhan dan Raya tahun ni (1434H) pun tidak buat banyak biskut seperti selalu.
Masa iftar bersama Ikram Kawasan Sepang, menyempatkan diri membuat kek kukus coklat dalam muffin cup supaya lebih mudah untuk dimakan...dan malas nak buat buat topping.

tapi...huhu..what happen??? Lepas jer siap kek, nampak gula semangkuk tidak dimasukkan dalam adunan kek. Laa...apa rasanya kek ni. Suruh anak ke-3 makan...habis dan katanya nak lagi..."ok jer ummi"katanya. Lega sikit tapi still tak puas hati, prepare juga chocolate topping dan sesiapa yang nak makan kek tu, tuangkan jer atas kek.

Moral of the story....
1) Jangan buat kek dalam keadaan kelam kabut...dan 
2) Jangan buat sekejap, tinggal sekejap...then buat kerja lain..sambung balik..

Huhu..inilah kesannya....


Tapi alhamdulillah sebenarnya rasa kek tu masih ok sebab telah dimasukkan susu pekat dalam resepinya...so ada la rasa manisnya walaupun tidak dimasukkan gula. So bagi sesiapa yang nak mengurangkan gula dalam masakan...boleh la cuba...tapi susu pekat dalam resepi tu kena la masukkan jugak...

No comments:

Post a Comment