Thursday, December 30, 2010

Agar-agar Ramadhan

Assalamualaikum....


Pada bulan Ramadhan yang lepas (2011), nak menghargai dan membuat anak2 rasa seronok berpuasa, saya buatkan untuk mereka agar2 khas untuk berbuka puasa....siap dengan nama lagi. Tapi bukan la semuanya yang berpuasa...os Along dan Angah ajer. Alhamdulillah Along (7 tahun) berjaya puasa penuh, manakala Angah (5 tahun) berjaya puasa 19 hari....itu pun kesukaran pada awalnya dan demam dihujung Ramadhan....Alhamdulillah...

Agar2 siap dengan nama anak...Naim, Iman dan Amin...anak2ku

Dah buat cantik2 nak potong pulak sayang....


Bahagian bawah agar2

Agar2 yang dipotong

Wednesday, December 29, 2010

Program Motivasi

Assalamualaikum...
Terima kasih untuk adik2 student dari UPM kerana sudi order muffin Choc Chip + Hazelnut...untuk menjamu peserta 1 program motivasi di UPM...maaf ler lambat download gambar ni. Anyway, hopefully berpuas hati...


Muffin Choc Chip+Hazelnut



Muffin yang telah siap dibungkus

Sunday, November 14, 2010

Birthday Along

Assalamualaikum...

Sempena birthday Along Naim, anak sulungku.pada bulan Ogos yg lalu, saya buatkan cup cakes utk diberikan kepada rakan2nya. Tak buat majlis pun, cuma berikan kepada rakan/jiran terdekat.

Along nak corak Ben 10...biasa la minat budak2 la ni.....ikutkan ajer ler. Asalkan anakku yang sorang ni berpuas hati. Tak cukup gambar Ben 10 , jadi la pelbagai corak seperti di atas....

Monday, November 8, 2010

Choc moist and dolls

Assalamualaikum....

Tempahan dari Lina, officemate suami...untuk birthday anaknya....Thanks Lina kerana sudi untuk terus menempah...



Bila 2nd anak, Iman tengok choc cake penuh dengan doll atasnya, dia pun nak jugak...so buatkan dia satu untuk makan2 dengan kawan2 sekolah.



Kata cikgunya...bukan kek yang direbutkan, tapi patung2 kat atas tu pulak...lastnya cikgu ambil simpan....

Friday, October 29, 2010

Teringin makan pizza

Assalamualaikum....

Sudah lama tak dapat update blog ni....komputer bermasalah, masih lagi belum diperbaiki. Baru dapat upload gambar2 yang lepas2....alhamdulillah.

Satu hari teringin nak makan pizza...kata suami segala peralatan dan ada why not buat sendiri ajer instead of beli kat kedai...so inilah hasilnya...

Atas tudung periuk pun boleh jadi....

Emmm....tak ler rasa macam yang beli kat kedai, tetapi masih boleh diperbaiki lagi...

Monday, July 19, 2010

Economic cup cakes

Assalamualaikum...

Terima kasih kepada yang menempah cup cakes, walau pun tidak banyak alhamdulillah....untuk dihadiahkan kepada jemputan kenduri dan juga ada yang untuk disedekahkan kepada jemaah surau...


Pelbagai perisa yang boleh dipilih...choc, vanilla, oren, pandan dll
Sesuai untuk doorgift...

Harga : RM0.70 per cup (Plain dan hiaskan dengan colourful rice)

Wednesday, July 7, 2010

Kek Choc Moist-Roses

Assalamualaikum...

Tempahan Kek Choc Moist oleh officemate suami, Pn. Lina. Katanya nak bawa ke Pahang untuk majlis perkahwinan adiknya.


Cadangnya nak buat bunga ros tu penuh atas kek, tapi disebabkan Pn. Lina nak ada tulisan, maka bunganya setengah saja.