Wednesday, November 5, 2014

HAPPY BIRHTDAY AHMAD AZHAD!

Assalamualaikum...

Terima kasih kepada Dila kerana sudi tempah kek coklat untuk sambutan hari lahir anak tunggalnya Ahmad Azhad. Kek di hantar ke Tadika Khalifah Bestari. Walaupun tempahan diterima 2 hari sebelum, alhamdulillah bahan-bahan yang diperlukan sudah sedia ada di rumah. Azhad siap pesan pada Umminya supaya tiada bunga diletakkan atas kek sebab dia 'boy'.

Happy Birthday Azhad...semoga menjadi anak soleh untuk Ummi dan Abi di dunia dan akhirat...
Insyaallah....

COTTON CHEESE CAKE

Assalamualaikum...

Menerima tempahan Cotton Cheese Cake daripada Kak Surina untuk menyambut hari lahir anak sulungnya. Kak Surina, suami dan anak-anak adalah peminat cheese cake.

TERIMA KASIH KAK SURINA SEKELUARGA!
Semoga Allah sentiasa memberkati akak sekeluarga....ameen...




Sunday, October 26, 2014

KEK COKLAT KUKUS

Tempahan kek coklat kukus yang diterima :

Tempahan daripada Kak Izan untuk suami dan anak-anak. Semoga Allah merahmati akak sekeluarga...ameen






























Tempahan Raidah untuk semua anak-anaknya. Semoga semua menjadi anak-anak soleh dan solehah...ameen

Tempahan Puan Faridah untuk anak sulungnya, Fuad. Semoga Fuad menjadi anak yang soleh untuk ibu dan ayahnya...ameen

Selamat Hari Lahir juga untuk adik Danial Hakimi...semoga menjadi anak soleh dunia dan akhirat..ameen...














 



Thursday, October 23, 2014

KEK CARROT AIDILADHA

Assalamualaikum...

Kek carrot sempena Hari Raya Aidiladha ditempah Muallimah Rohida. Terima kasih tidak terhingga atas sokongan yang telah diberikan.





Yang ni pula bawa balik kampung di Ipoh dan Pantai Remis


Tuesday, August 26, 2014

Kek Pertunangan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah menerima 1 lagi tempahan kek untuk majlis pertunangan daripada Muallimah Rohida. Beliau merupakan penggemar carrot cake. Semasa majlis pertunangan anaknya Muallimah Rohida tempah carrot cake untuk dibuat sebagai hantaran.

Terima kasih tak terhingga atas tempahan tersebut.

 Lapisan tengah juga disapu cream cheese dan ditabur dengan walnut

Ccarrot cake yang siap dihias

Dah siap digubah untuk hantaran

TERIMA KASIH

Semoga berpuas hati...

Tuesday, August 12, 2014

MAJLIS PERTUNANGAN

Assalamualaikum...

Tahniah diucapkan kepada adik ipar yang disayangi, Nor Fadilah Binti Saadul Kurzi yang telah melangsungkan majlis pertunangan pada 9 Ogos 2014 (Sabtu) yang lepas. Saya mengambil kesempatan menyediakan sebiji kek coklat, coklat dan sedikit biskut/cookies sebagai hadiah kepada pihak lelaki.






Semoga majlis perkahwinan yang dijadualkan pada 30hb Ogos 2014 akan datang akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. 

Semoga hubungan kalian berkekalan dan dirahmati Allah hendaknya..ameen...

Sunday, August 3, 2014

CARROT CAKE

Assalamualaikum...

Belum pernah lagi buat carrot cake tempahan orang..cuma pernah buat untuk makan sendiri. Tetapi setelah ada permintaan kena la jugak menyediakan siap dengan decoration sekali. Kali pertama dari Muallimah Lailawati untuk meraikan Anniversary beliau. manakala yang ke -2 pula tempahan oleh Muallimah Rohida untuk makan-makan sekeluarga yang disiapkan 2 hari sebelum balik kampung cuti beraya....

Tempahan Muallimah Lailawati...
Semoga dipanjangkan usia perkahwinan kalian..




Tempahan Muallimah Rohida...

Terima Kasih Semua...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

MAAF ZAHIR BATIN...