Sunday, May 18, 2014

Hari Lahir Iman dan Amin

Assalamualaikum...

2 orang anak menyambut Hari Lahir pada bulan April iaitu Nur Iman dan Muhammad Al-Amin. Nur Iman membawa mini chocolate cup cake untuk diberikan kepada kawan-kawan manakala Al-Amin membawa sebiji kek coklat untuk makan bersama guru dan rakan-rakan.

 Untuk dibawa Amin ke sekolah...

Iman bawa mini choc cake..mudah untuk diagihkan kepada kawan-kawan sekelas dan guru-guru...

Monday, April 14, 2014

CHOCOLATE CAKE FOR BIRTHDAY!

Assalamualaikum....

Terima kasih Kak Bayani kerana masih sudi tempah kek daripada saya. Bulan Mac lepas untuk sambut birthday suami dan bulan April ni untuk anak kesayangan, Arisa. Asalnya Kak Bayani menempah carrot cake untuk birthday suaminya tetapi disebabkan kesuntukan masa..hanya boleh sediakan kek coklat sahaja. 

Walau bagaimanapun..selang seminggu lepas tu buat juga carrot cake untuk dijamu pada Kak Bayani dan rakan sekerja lain..



Carrot cake

Terima kasih sekali lagi dan semoga Kak Bayani sekeluarga dibawah lindungan rahmatNya sentiasa..ameen...


Monday, March 3, 2014

ALIFF YANG CUTE!!!!

Assalamualaikum....

Terima kasih kepada Puan Norhasidah dan En. Othman kerana sudi order kek untuk menyambut hari lahir anaknya yang ke-4, Muhammad Aliff Haiqal  yang genap setahun pada 1.3.2014




SELAMAT HARI LAHIR ALIFF YANG COMEL!!!
Semoga menjadi anak yang soleh....


Assalamualaikum.....

Berkesempatan menyiapkan cup cake barby untuk birthday anak ke-4, Raudotul Amni yang ke-2. Beli bahan sebelum tarikh lahirnya 16.1.2014 lagi..konon-konon boleh siapkan semasa tarikh tersebut. Tapi hanya mampu siapkan sebulan lepas tu....alhamdulillah dapat jugak jamu kawan-kawan comelnya di taska..


Raudotul Amni Bin Zul Hasymi...16.1.2014 (2nd birthday)
Kami semua doakan semoga Amni menjadi hamba yang taat kepada Allah...berjaya dunia dan akhirat
Semoga diberikan kesihatan untuk membolehkan terus beribadah kepadaNya dan menjadi anak yang solehah

From :
 Abi, Ummi, Along Naim, Angah Iman dan Abang Amin




Friday, February 21, 2014

TERIMA KASIH SEMUA!!

Assalamualaikum...


Terima kasih kepada mereka yang sudi menempah kek baru-baru ini....


Nadhirah yang menempah untuk makan bersama anak-anak usrahnya....
Dengan kesibukan bekerja dan kesuntukan masa hanya mampu decoration yang simple sahaja
 Terima kasih juga untuk Kak Bayani kerana sudi menempah Chocolate Moist ni.. untuk meraikan birthday salah seorang anak usrahnya Siti Farhana Hidayah atau NANA..juga sebagai tanda perpisahan dengan Nana yang menamatkan perkhidmatan beliau di Sri AL-Amin Bangi. 
Semoga persahabatan dan ikatan silaturrahim akan berkekalan ...insyaAllah

Tempahan dari Kak Noni untuk meraikan hari lahir anaknya yang ke-4, Fatin Solehah.
Kek-kek comel ini adalah untuk diedarkan kepada kawan-kawan sekelas Fatin.
Semoga Kak Noni berpuas hati...

Monday, January 20, 2014

Program D'bakery Remaja

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah....pada 8.12.2013 bersamaan hari Ahad, mendapat peluang mengadakan kelas memasak dan menghias cup cake untuk adik-adik remaja dari Ikramteens daerah Sepang. Seronok dapat baking bersama adik-adik remaja yang berumur antara 12 - 17 tahun.



Persiapan awal sebelum mula kelas 

 Antara contoh decoration mudah yang ditunjukkan sebelum peserta menghias sendiri.

Salah satu hasil deco adik remaja dan sijil penyertaan


Dengan salah seorang peserta D'bakery Remaja

Terima kasih tidak terhingga kepada pihak penganjur dan juga semua peserta yang terlibat. Walaupun peserta tidak dapat menghias semua cup cake yang dibuat kerana cream tak cukup..alhamdulillah peserta masih dapat menimba pengalaman baking dan menghias sendiri cup cake tersebut.





Tuesday, January 7, 2014

COTTON CHEESE CAKES

Assalamualaikum...

Terima kasih atas tempahan cotton cheese cake oleh Kak Surina dan Kak Izan...
Kak Surina tempah untuk sambut birthday anaknya dan Kak Izan pulak untuk anniversary...cuma beza warna rama-rama jer...

Terima kasih..semoga diberkati Allah hendaknya....